-Цитатник

Без заголовка - (0)

ТЕПЛЫЙ ЖАКЕТ ЦВЕТА ФУКСИИ С ЗУБЧАТЫМ УЗОРОМ. Вязание крючком Связать такой жакет по сила...

Без заголовка - (0)

сарафанчик детский

Без заголовка - (0)

Новая "одёжка" на компьютерное кресло. Автор: DJAYA. Сделано! Я его закончила вчера, а сегодня...

Без заголовка - (0)

Маковый топ... связан в технике ирландского кружева...   Маковый топ Топ свя...

Без заголовка - (0)

Мастер-класс платья для малышки связанного крючком источник Опубликовала m...


Без заголовка

Среда, 03 Февраля 2016 г. 15:21 + в цитатник
Цитата сообщения РИМИДАЛ RIBBON EMBROIDERY - ROSES от Сюзаны Мустафы

RIBBON EMBROIDERY - ROSES

5177462_Bunga_Ros (405x405, 198Kb)
Salam Sejahtera pengunjung Blog. Atas permintaan kenalan di overseas iaitu rakan-rakan di Brazil, Turki, Pakistan, Kuwait dan beberapa negara, maka saya upload DIY Tutorial ribbon embroidery Bunga Ros. Semoga perkongsian ilmu ini akan diberkati Allah swt dan berpanjang ikatan persahabatan...insya-allah. Teknik ini sebenarnya ada terkandung didalam buku terbaru saya iaitu "Variasi Seni Sulaman Reben", oleh sebab kesukaran untuk mereka mendapatkan buku saya, maka saya paparkan sebahagian saja dari isi kandungan buku.

Paten Bunga Ros yang telah siap dijahit pada kusyen.

 


 Bahan-bahan yang digunakan ; Gunting, benang, jarum dan satin reben saiz 1.5 inci.

 

 Gunting reben panjang 4 inci. Gunting sebanyak 19 keping. Untuk memudahkan anda menjahit, saya syorkan anda bakar reben kiri dan kanan.

 
 
 Teknik membuat kelopak bunga ros. Lipat reben bersilang. Sila rujuk foto diatas.
 
 
 
 
 Lipat sekali lagi reben. Sila rujuk teknik foto diatas.
 
 
 
Bahagian lipatan reben, turunkan kebawah. Pastikan bahagian bawah reben sama rata dan bahagian atas runcing.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Jahit jelujur bahagian bawah reben. Lakukan teknik yang sama untuk kelopak seterusnya.
 
 
 
 Lakukan teknik yang sama untuk kelopak bunga ros dan buat 3 kelopak, 5 kelopak dan 7 kelopak.


Teknik membuat kudup bunga. Lipat reben bersilang, sila rujuk foto diatas.
 



 Mulakan menggulung reben dari kiri hingga ke kanan. Teknik ini untuk membuat tengah bunga ros.


 Setelah siap menggulung, jahit bahagian bawah kudup bunga dan lilitkan dengan benang. Jangan putuskan benang.
 
 
 
  Lakukan teknik lipatan yang sama seperti kelopak bunga ros. Bezanya, anda dikehendaki jahit atas sikit iaitu sama level jahitan dengan bahagian tengah kudup ros.
 
 
 
 Masukkan benang pada bahagian mula jahitan reben. Cantumkan sehingga terbentuk kudup bunga ros. 
 
 
 
 Matikan benang dan gunting bahagian lebih reben. Elakkan gunting terlalu pendek. Ini boleh menyebabkan jahitan kudup bunga terbuka atau tertanggal.
 
 
 
 
 
 
Setelah siap semuanya, mulakan jahitan 7 kelopak bunga ros pada kain. Setelah jahit pada kain, jahit pula 5 kelopak dan 3 kelopak, seterusnya kudup bunga ros pada bahagian tengah. Kemasan jahitan adalah penting, pastikan jahitan padat dan bunga tidak bergoyang.
 
  
Inilah hasil jahitan bunga yang telah siap. Jika anda ingin jadikan jambangan bunga tangan, teknik yang sama juga....bezanya tidak perlu jahit pada kain. Anda gunakan gum UHU untuk cantumkan antara satu sama lain kelopak bunga dan gum pada batang bunga.
 
Selamat mencuba, semoga ilmu ini mendapat menafaat untuk semua dan diberkati oleh NYA...Isya-allah...AMIN...
 
 

 
 
Рубрики:  ленты

 

Добавить комментарий:
Текст комментария: смайлики

Проверка орфографии: (найти ошибки)

Прикрепить картинку:

 Переводить URL в ссылку
 Подписаться на комментарии
 Подписать картинку